Pecahnya Sekeping Hati Lelaki (Bonus Bab Awal)
Cinta tidak selalu datang dengan tenang. Kadangkala cinta itu hadir seperti ombakyang menggila lalu menghanyutkan sesiapan yang cuba menempuhnya.Ada masanya juga, cinta meninggalkan hati ini retak perlahan-lahan, kemudianbertaburan tanpa sempat dipungut kembali.Dalam perjalanan hubungan yang penuh liku, mereka belajar bahawa cinta bukansekadar memiliki.ZAQUAN DAN IDANI.Perkenalan yang bermula di alam maya menjadikan mereka semakin rapat hari demi hari.Hubungan tanpa nama itu menjadikan Zaquan tidak tenteram apabila Idani berkata mereka'cuma kawan', lebih-lebih lagi dia pernah melihat Idani di samping rakan sekerjanya, Haqim.Sehinggalah pada suatu hari."I like you, Idani." - Zaquan"So, what are we now?" - Idani"I don't know. But I think, kita dah upgrade sikit daripada 'cuma kawan'." - ZaquanHari-hari yang dilaluinya selepas itu lebih ceria. Bagi Zaquan, apabila dia mula sayangkanseseorang dia tidak main-main. Dia mahu hubungan itu kekal ke jenjang pelamin. Namun,sangka Zaquan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Idani tiba-tibamenjauhkan diri.…



















